Serdang, 5 Ogos 2021 – Pengarah Pengurusan, CP Dato' Zaini Jass, berkesempatan mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, di sini, semalam.
Kehadiran beliau telah disambut mesra oleh Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Tuan A. A. Anbalagan yang turut sama mengiringi Dato’ Zaini melawat sekitar Balai Polis Bandar Kinrara.
Dalam lawatan tersebut, Dato’ Zaini berpeluang beramah mesra dengan warga kerja IPD malah mengambil kesempatan menyampaikan kata-kata semangat agar menjalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi di saat negara dilanda wabak COVID-19.
Turut hadir sama, Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Superitendan Mohd Rosdi Daud, Ketua-ketua Bahagian dan Ketua-ketua Polis Balai IPD Serdang.