Menu

[PIC OF THE DAY] OP BANTU: BALAI POLIS WUJUDKAN BANK MAKANAN

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu mengambil inisiatif mewujudkan bank makanan di dua balai polis bagi membantu golongan yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Bekalan makanan keperluan harian itu boleh diperoleh di Balai Polis Tanjung Aru dan Balai Polis Inanam untuk penduduk yang berdepan masalah terputus bekalan makanan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Tuan Mohd Zaidi Abdullah memaklumkan, inisiatif berkenaan akan turut dilakukan di tujuh balai polis lain di daerah ini dari semasa ke semasa.

Selain bank makanan, IPD Kota Kinabalu turut melaksanakan program Op Bantu dan Ziarah Qaseh bagi memberi bantuan bakul makanan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS