Berkuatkuasa 16 Ogos 2021 (esok), sebanyak 11 aktiviti ekonomi dalam sektor perdagangan dan pengedaran dibenarkan beroperasi di dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Manakala 11 lagi aktiviti ekonomi juga akan kembali beroperasi di dalam Fasa 2 PPN, esok.
Pemilik premis DIINGATKAN untuk memastikan para pelanggan menunjukkan Sijil Digital Vaksinasi sebelum memasuki premis bagi membuktikan mereka telah pun menerima vaksinasi lengkap selain mematuhi lain-lain prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN