Walau sesukar manapun halangan yang datang, kami sedia membantu. Tanggungjawab yang dipikul akan dilaksanakan sebaik-baiknya. Begitulah juga ketika usaha menyelamatkan tiga individu yang terperangkap dalam banjir kilat ketika memancing di Sungai Klang berhampiran Jalan Kuching, Kuala Lumpur daripada dibawa arus deras, semalam.
Misi menyelamat yang dijalankan oleh Lans Koperal Hafizul Khalis Anuar dan Konstabel Wan Muhammad Hazleeshah Wan Hasbullah dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur bersama orang awam yang turut membantu ketiga-tiga mangsa nyata mengukir senyuman kepada mereka yang berjaya diselamatkan untuk melihat orang yang tersayang.
Semoga kebaikan dan pertolongan yang anda hulurkan ini, mendapat ganjaran yang sebaik-baiknya kelak.
https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/posts/4529949533681985