Menu

#PDRMTolakRasuah VIDEO PILIHAN: WARGA THAILAND DIDENDA RM7,000 CUBA RASUAH ANGGOTA PGA

Kangar, 16 Ogos 2021 - Seorang lelaki warga Thailand didenda RM7,000 di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas kesalahan menawarkan suapan kepada seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) sebagai balasan untuk melepaskan daripada kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah di Padang Besar pada April lalu.

Tertuduh, Phuwanai Reangmanee, 30, turut berdepan hukuman penjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda.

Tertuduh sebelum itu mengangguk faham dan mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Thailand oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menawarkan suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM4,800 kepada seorang anggota PGA berpangkat Koperal sebagai balasan melepaskan dirinya atas kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen kerana berada di negara ini tanpa memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan berkenaan di ladang getah KTJ Komtak B Pos C26 Padang Besar jam 11.30 malam pada 23 April lalu.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut https://www.hmetro.com.my/.../warga-thailand-didenda...
Sumber: Harian Metro
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS