Kuala Terenganu, 17 Ogos 2021 - Polis mengambil beberapa langkah bagi menangani penyalahgunaan sijil digital vaksin dalam kalangan masyarakat.
Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Seri Acryl Sani Haji Abdullah Sani berkata, perkara itu dalam perhatian dan tindakan pihak berkuasa.
"Setakat ini kita belum dapat sebarang laporan mengenai penyalahgunaan sijil digital vaksin oleh individu lain.
"Bagaimanapun pihak polis mengambil maklum keadaan tersebut dan akan mengambil beberapa langkah tertentu untuk mengatasinya," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ops Bantu di kediaman pesara polis di Tepoh dan Seberang Takir di sini.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN