Menu

POSTING PILIHAN: KETUA SETIAUSAHA KDN ADAKAN LAWATAN KERJA KE BALAI POLIS KUBANG KERIAN

Kota Bharu, 27 Ogos 2021 – Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato' Wan Ahmad Dahlan Haji Abdul Aziz semalam mengadakan lawatan kerja ke Balai Polis Kubang Kerian yang terletak dibawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, di sini.

Beliau yang diiringi Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Dato’ Seri Sahabudin Abd Manan dan Ketua Polis Kelantan, CP Dato’ Shafien Mamat telah disambut Ketua Polis Balai, Balai Polis Kubang Kerian, ASP Ediansha Endal.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi (Fasiliti/Bekalan/Aset), SAC Tuan Azizi Ismail, Ketua Polis Daerah Kota Bahru, ACP Tuan Abdul Rahim Haji Daud dan para pegawai kanan polis.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS