Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] HARI PAHLAWAN 2021: PERUT RAKAN TERBURAI DITEMBAK KOMUNIS

Seberang Perai, 30 Ogos 2021 - Biarpun usianya sudah mencecah 97 tahun, namun ingatan bekas Polis Hutan, Abdul Rahaman Bakar mengenai pengalamannya menentang komunis ketika darurat masih segar sehingga kini.

Menurutnya, antara peristiwa yang diingati adalah kejadian membabitkan tiga rakannya yang gugur ditembak komunis termasuk seorang daripadanya terburai isi perut.
Bercerita lanjut, Abdul Rahaman berkata, kejadian berkenaan berlaku pada 1951 ketika dia dan pasukannya sedang bertugas mengawal sempadan di Kulim, Kedah.

"Waktu mula-mula saya bekerja, ada dua kompeni (Pasukan Polis Hutan) dan tugas kami adalah untuk mencari komunis di kawasan sempadan dan tidak mudah sebenarnya mahu mendapatkan mereka ini.

"Ketika sedang mengawal sempadan, kami terserempak dengan komunis dan berlaku pertempuran dan tiga rakan saya menjadi korban peluru mereka hingga ada yang terburai isi perut.

"Ia membuatkan kami benci kepada komunis dan berusaha habis-habisan untuk menentang mereka," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kepala Batas di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Kosmo.

May be an image of text that says 'Bekas polis hutan kongsi kisah tiga rakan gugur terkena tembakan pengganas 'Perut terburai ditembak komunis' YALMIZI HAMID mudah sebenarnya mahu men- dungi penduduk dan menentang mereka dapat SEBERANG sudah Biarpun bekas Bakar komunis Rahaman sebagai peristiwa yang ditembak membuatkan kami Kementerian lanjut, Abdul cahaya tersebut golongan Kepala pada Rahaman mula masa ABDUL RAHAMAN menunjukkan surat perakuan lantikan sebagai anggota poliss selama lapan ahun bermula pada 1949, pejuang pada Kulim, saya hasil ampau yang berkor- mencari sempadan dan tidak Bagaimanap kepolisan luruh tetap dalam usaha melin- polis menjaga amanah negara tercinta, katanya.'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS