Menu

#PPN #COVID-19 [ARTIKEL PILIHAN] VIDEO TULAR: LIMA INDIVIDU DITAHAN BERKUMPUL, BUAT BISING

Seremban, 1 September 2021 - Seramai lima lelaki ditahan selepas tular video yang memaparkan sekumpulan individu berkumpul dan membuat bising dipercayai di kawasan bandar Seremban Selatan dekat sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Tuan Mohd. Said Ibrahim berkata, kesemua suspek berusia antara 19 hingga 28 tahun itu ditahan di sekitar Seremban, malam semalam.

“Bertindak atas maklumat yang diterima, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan telah berjaya mengesan dan menahan lima suspek pada pukul 9 hingga 11 malam tadi.

“Tindakan selanjutnya telah diambil bagi mengenal pasti sekiranya ada sebarang penglibatan jenayah oleh kesemua suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Tuan Mohd. Said, ujian saringan air kencing juga telah dijalankan dan hasilnya kesemua negatif dadah.

“Kesemua suspek juga akan dikompaun atas kesalahan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.utusan.com.my/.../lima-individu-ditahan.../

Sumber: Utusan Malaysia


May be an image of one or more people, people riding motorcycles, motorcycle and outdoors
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS