Papar, 2 September 2021 – Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Zainal Abidin Kasim hari ini menyempurnakan pemakaian lencana kepakaran (insignia) kepada Komander Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA), SAC Tuan Saini Bongkek di Markas Briged Sabah, di sini.
SAC Tuan Saini telah dianugerahkan lencana sayap penerjunan kehormat 69 Komando di samping lencana penembak tepat (sniper) kehormat Unit Tindakhas dan lencana "horseman" kehormat Pasukan Simpanan Persekutuan serta lencana penyelam Polis Diraja Malaysia kehormat daripada Pasukan Polis Marin.
Turut menerima lencana sayap penerjunan kehormat 69 Komando daripada Dato' Zainal tadi ialah Pegawai Turus Gerakan Briged Sarawak PGA, DSP Sahamran Ibrahim dan Pegawai Turus Risik Briged Sarawak PGA, DSP Norman Chendan.
Hadir sama, Komander 69 Komando, SAC Tuan Abdul Razak Mohd. Yusoff, Komander Briged Sabah PGA, SAC Tuan Mohd Abduh Ismail dan Timbalan Ketua Staf Pusat Operasi Pasukan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), ACP Tuan Mohamad Pajeri Ali.