Menu

[ARTIKEL PILIHAN] VIDEO TULAR: POLIS SEDANG KESAN KENDERAAN LAWAN ARUS DI LEBUHRAYA MEX

Kuala Lumpur, 3 September 2021 - Polis sedang mengesan kenderaan yang dipandu secara melawan arus di Lebuhraya MEX yang berjaya dirakam kru Astro AWANI pada Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Tuan A. A. Anbalagan, hasil semakan kamera litar tertutup (CCTV) mendapati kenderaan terbabit telah melawan arus bermula dari kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seri Kembangan.

"Hasil semakan CCTV di Plaza Tol Mex Seri Kembangan mendapati suspek telah memandu berlawanan arus bermula dari kawasan R&R Seri Kembangan di mana suspek didapati keluar dari R&R tersebut.

Ujarnya, satu laporan polis telah dibuat berhubung insiden itu selepas rakaman video kenderaan terbabit tular di laman media sosial.

Kes berkenaan kini sedang disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.astroawani.com/.../polis-sedang-kesan...

Sumber: Astro AWANI
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS