Menu

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] OP KHAZANAH: PEMBURU HARAM DALAM RADAR PDRM

Shah Alam, 5 September 2021 - PoIis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti petualang dalam kalangan warga tempatan yang terlibat dalam sindiket pemburuan haram.

Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani berkata, terdapat warga tempatan bergerak aktif dalam beberapa sindiket yang telah dikenal pasti.
Katanya, mereka ini dalam pengawasan pasukan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) dan tangkapan akan dibuat setelah cukup bukti terkumpul untuk diambil tindakan.

“Tidak dinafikan terdapat pembabitan warga tempatan dalam pemburuan haram.

"Sepanjang OBK, seramai 115 orang warga tempatan telah ditangkap sepanjang tahun 2020 hingga Ogos tahun ini dengan nilai rampasan sebanyak RM1.6 juta di seluruh negara,” katanya kepada kru Rasuah Busters.

Mengulas berkenaan jati diri dan integriti warga tempatan yang terlibat dalam jenayah pemburuan haram ini, Dato’ Sri Acryl Sani berkata, individu terlibat dalam aktiviti pemburuan haram ini adalah manusia yang mementingkan diri sendiri.

"Individu ini tamak dan sanggup melihat haiwan dan tumbuhan ini pupus selagi menguntungkan mereka. Mereka juga tahu impak kepada kitaran biodiversiti dan kelompongan dihasilkan melalui tindakan mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

"Oleh kerana sifat tamak dan pentingkan diri sendiri yang ada pada pemburu haram ini, maka OBK dilancarkan dan akan terus menjalankan operasi untuk mengekang aktiviti mereka demi menjaga khazanah alam," ujarnya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of text that says 'Sinar Ahad NASIONAL SINARAHAD 5SEPTEMBER LAPORAN KHAS POPULASITERKINI TERKINI Nama Pemburu haram dalam radar PDRM Ketua Polis Negara kenal pasti beberapa sindiket yang aktif Anggaran RAMLI SHAH 800 Malaysia (PDRM) 500 (RM) RM20,727 450/kg arimaudi tenggiling India RM1,243/kg BERSEPADUKHAZANA 2020 Bilanganoperasi Bilanganke 20 Julai) Tangkapan oangwaa warga 0g lagim LAPORAN DEPAN'

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS