Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: PPZ-MAIWP LANCAR KEMPEN SKIM PZB KHAS WARGA PDRM

Kuala Lumpur, 5 September 2021 - Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) melancarkan Kempen Skim Potongan Zakat Bulanan (Skim PZB) Khas Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) bermula Ogos sehingga Disember ini.
Kempen yang berlangsung selama empat bulan itu dilancarkan secara dalam talian pada Selasa oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Haji Mazlan Lazim bersama Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman.

PPZ-MAIWP menerusi satu kenyataannya berkata, objektif utama kempen itu adalah untuk menggalakkan lebih ramai warga PDRM khususnya di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan zakat pendapatan secara bulanan melalui potongan gaji.
"Kempen ini juga adalah galakan kepada warga PDRM untuk mengekalkan dan menambah pembayaran zakat mereka di PPZ-MAIWP,” kata kenyataan itu pada Jumaat.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Sinar Harian seperti di lampiran.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS