Menu

#OP_BENTENG KERATAN AKHBAR PILIHAN: PGA RAMPAS 16 TAN BERAS SIAM DALAM TEMPOH LIMA BULAN

Rantau Panjang, 6 September 2021 - Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7 berjaya merampas kira-kira 16 tan beras Siam yang diseludup ke negara ini dari Thailand dalam tempoh lima bulan.

Pegawai Pemerintah PGA Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, kesemua beras Siam itu dirampas menerusi Op Benteng COVID-19 di kawasan operasi sejauh 41.8 kilometer bermula dari Pengkalan Kubor, Tumpat sehingga ke Rantau Panjang.

Katanya, beras-beras itu dibawa masuk melalui Sungai Golok dengan pangkalan haram di pinggir sungai tersebut dijadikan sebagai transit.

Beras seludup itu kemudian akan diambil oleh sindiket sebelum dibawa ke lokasi tertentu.
"Sepanjang tempoh tugasan, sebanyak 898 kilogram (kg) beras pulut dan 100kg beras perang dari negara jiran yang diseludup turut dirampas.

"Nilai keseluruhan rampasan beras termasuk 17 buah kenderaan yang digunakan untuk aktiviti penyeludupan dianggarkan bernilai RM397,364," katanya.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar Kosmo seperti di lampiran.

May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS