Menu

POSTING PILIHAN: PENGARAH JSPT ADAKAN LAWATAN KERJA RASMI KE IPK PAHANG

Kuantan, 10 September 2021 - Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Azisman Alias meneruskan siri lawatan kerja rasmi beliau ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, semalam.

Ketibaan beliau telah disambut mesra oleh Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf.

Sejurus selesai kunjungan hormat ke atas Dato' Ramli, beliau turut berpeluang berjumpa dengan warga Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPK Pahang untuk menyampaikan ucapan dan amanat.

Turut hadir, Ketua Urus Setia JSPT Bukit Aman, ACP Tuan Shahrum Hashim, dan Ketua JSPT Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh @ Mohd Daud.

Sumber: Polis Pahang

May be an image of 3 people

May be an image of 2 people and people standing

May be an image of one or more people, people sitting and indoor

May be an image of 4 people and people standing
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS