Menu

AL-FATIHAH: SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM ACP TUAN RAMLAN ABDUL RAZAK

Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Timbalan KPN, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham ACP Tuan Ramlan Abdul Razak, yang telah meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar, Negeri Sembilan pagi tadi.

Allahyarham merupakan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan dan telah berkhidmat lebih 30 tahun dalam Pasukan.

Didoakan agar roh Allahyarham Tuan Ramlan Abdul Razak dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta para syuhada.

Al-Fatihah.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS