Menu

#PPN #COVID-19 ARTIKEL PILIHAN: POLIS AMBIL TINDAKAN TEGAS BERIADAH TANPA SOP

Kuala Lumpur, 13 September 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil tindakan tegas terhadap orang ramai sekiranya didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP), terutamanya penjarakan fizikal ketika beriadah di tempat awam.

Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Datuk Mastor Mohd Ariff berkata, tindakan tersebut akan diambil sekiranya keadaan tidak dapat dikawal dan pengunjung terlalu ramai.

“Kita tidak ada cadangan untuk menutup tempat awam yang didapati sesak kerana kita telah menyemak dan mendapati pengunjung datang daripada gelembung yang sama. Kita hanya akan meningkatkan pemantauan di kawasan berkenaan.

“PDRM menyedari keghairahan orang ramai beriadah di sungai, padang dan pantai terutama melibatkan warga Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Justeru itu kita akan sentiasa membuat pemantauan dan hebahan dari semasa ke semasa dengan memberi nasihat agar mereka mematuhi SOP dan penjarakan sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis turut bekerjasama dengan pihak RELA dalam Op Patuh untuk membuat pemantauan secara berkala di lokasi yang dikenal pasti menjadi tumpuan.

Datuk Mastor berkata, kebanyakan yang berkunjung untuk beriadah dalam kalangan ahli keluarga yang datang bersama atau tinggal bersama dan lokasi berkenaan hanya sesak pada hari Sabtu dan Ahad sahaja.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2002759

Sumber: BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS