Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: POLIS PULAU PINANG TUMPASKAN 2 PENJENAYAH WARGA ASING DI BUKIT MERTAJAM

Seberang Perai, 17 September 2021 - Dua penjenayah warga asing dipercayai terlibat dalam aktiviti pecah rumah ditembak mati di kawasan semak di Bukit Mengkuang, Kubang Semang, Bukit Mertajam di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 5.30 pagi itu, kedua-dua suspek maut di tempat kejadian, namun setakat ini identiti mereka masih belum dikenal pasti.

Sebelum itu, suspek yang menaiki kereta jenis Proton Waja dikatakan melarikan diri daripada pemeriksaan polis di Jalan Penanti sebelum memecut menghala ke Bukit Mengkuang.

Setibanya di kawasan itu, suspek yang duduk di kerusi penumpang hadapan keluar dan melepaskan dua das tembakan ke arah polis, manakala pemandunya menyerang anggota dengan parang.

Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato' Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya terpaksa melepaskan tembakan ke arah suspek bagi mempertahankan diri.

"Dalam kejadian ini, anggota tidak cedera kerana tembakan yang dilepaskan suspek terkena pada cermin sisi kereta polis.

"Pemeriksaan awal mendapati suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an dan 40-an menjadi buruan polis dalam Ops Api Siakap berhubung kes ugutan dan melepaskan tembakan di Bukit Mertajam pada Ahad lalu," katanya kepada pemberita semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Kosmo Online.

May be an image of car and outdoors
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS