Menu

#PPN #COVID-19 PDRM LAKUKAN PEMANTAUAN DARI UDARA KESAN INDIVIDU GAGAL PATUH SOP

Bermula 16 September lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Unit Dron, Pasukan Gerakan Udara telah digerakkan di beberapa lokasi panas di sekitar ibu kota bagi memantau masyarakat agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).
 
Bagi melihat dengan lebih dekat bagaimana operasi pemantauan oleh Unit Dron PGU ini dilaksanakan, rakan-rakan netizen dijemput untuk mengikuti live Facebook Rasmi PDRM pada hari Ahad (19 September 2021), bermula seawal jam 9 pagi.

Suka pihak polis mengambil kesempatan ini untuk terus menasihatkan masyarakat agar terus mematuhi SOP dan arahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa bagi memastikan rantaian wabak COVID-19 berjaya diputuskan sepenuhnya.

Ingat, anda sentiasa kami perhatikan dari udara! 😎


May be an image of text that says 'DIRAJA MALANSIN AWAS! ANDA SEDANG DIPERHATIKAN DAR UDARA #PrayForMalaysia #StayHome #BeSafe HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN Terbitan Konsep: etia Polis Diraja Malaysia (Komunikasi Korporat) pdrmsia_official pdrmsia_ PDRMsia PDRMsia PDRMsia_Official'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS