Menu

BALAI POLIS LARKIN, JOHOR

Balai Polis Larkin dibina pada 30 Jun 1979, namun dibangunkan semula di atas tapak yang sama dan mula beroperasi sepenuhnya pada bulan Ogos 2018. Ia telah dirasmikan pada 2 Februari 2020 oleh CP Dato’ Mohd Khalil Kader Mohd, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik pada ketika itu.

Balai yang terletak di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan tersebut mempunyai keluasan pentadbiran 17 kilometer persegi yang meliputi kawasan perumahan, perkampungan dan insititusi pendidikan.

Kini, Balai Polis Larkin diterajui oleh seorang Ketua Polis Balai berpangkat Inspektor dan dibantu seramai 56 orang Pegawai Rendah Polis berlainan pangkat.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS