Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: JUAL LORI CURI SERENDAH RM7,000

Gombak, 22 September 2021 - Kegiatan jenayah sekumpulan lelaki mencuri lori sebelum diubah suai dan dijual pada harga serendah RM7,000 sebuah tidak berpanjangan selepas tiga daripada mereka diberkas pada Sabtu lalu.

Tiga suspek warga tempatan itu ditahan secara berasingan di sekitar Selangor menerusi Op Lejang Kasuarina yang dijalankan Bahagian Risik/Operasi/ Rekod (D4), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Mereka yang berusia 39 hingga 41 tahun itu dipercayai aktif mencuri lori sejak enam bulan lalu di sekitar Lembah Klang.

Pengarah JSJ, CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan berkata, suspek pertama ditahan di Shah Alam dan semakan mendapati lelaki itu mempunyai 11 rekod jenayah.

"Polis kemudian menahan pula seorang pembeli lori curi dan seterusnya menahan suspek ketiga yang dipercayai berperanan membantu suspek pertama mencuri lori," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Bacaan lanjut menerusi keratan akhbar terbitan Kosmo Online.

May be an image of 1 person and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS