Semakan Status Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal Pengambilan Khas Bukan Bumiputera bagi jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki dan Wanita) akan bermula pada hari Isnin, 27 September 2021 hingga 17 Oktober 2021.
Semua calon bukan bumiputera yang telah hadir Urusan Dokumentasi jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki dan Wanita) pada April 2021 boleh membuat semakan di Sistem e-Pengambilan PDRM.
Calon dikehendaki untuk 'Log Masuk' dan klik di 'Semak Status Permohonan' dan klik 'Semak' untuk mengetahui status panggilan dalam Sistem e-Pengambilan PDRM.
Semua calon yang telah tersenarai dan dipanggil hendaklah menyediakan dokumen-dokumen seperti di dalam Surat Panggilan Eksesais Ujian Pemeriksaan Fizikal.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian 03-2266 8348/8350/8351 seperti yang tertera di laman Instagram dan Facebook Rasmi Unit Pengambilan PDRM.
Sumber: Unit Pengambilan PDRM