Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: REWCASTLE BROWN KENA WARAN TANGKAP

Kuala Terengganu, 24 September 2021 - Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan waran tangkap ke atas pengarang Sarawak Report berikutan gagal hadir pertuduhan kes fitnah terhadap Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

Majistret Nordiana Abd. Aziz memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan memohon satu waran tangkap dikeluarkan ke atas tertuduh, Clare Rewcastle Brown, 62.

Mengikut pertuduhan, Rewcastle Brown didakwa membuat tohmahan yang merosakkan nama baik baginda dalam buku “The Sarawak Report - The Inside Story of the 1MDB Expose.”

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Engku Ahmad Rashdi Engku Abdillah, Noor Haslinda Che Seman dan Nadia Zulkefli mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS