Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di kebanyakan negeri di Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Sabah sehingga jam 6.00 petang ini.
Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati ketika memandu dan peka dengan keadaan sekeliling sekiranya berlaku peningkatan paras air di sekitar kawasan kediaman masing-masing.
Sumber: Malaysian Meteorological Department