Menu

HEBAHAN: TARIKH LAPOR DIRI BAGI CALON JAWATAN INSPEKTOR POLIS GRED YA13 (LELAKI/WANITA) DAN KONSTABEL POLIS GRED YA1 (LELAKI/WANITA) DI PULAPOL

Semua calon jawatan Inspektor Polis Gred YA13 (Lelaki/Wanita) yang telah menerima surat pelantikan jawatan dan diarahkan melapor diri pada bulan September 2021, dikehendaki melaporkan diri pada 17 Oktober 2021 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.

Manakala bagi calon jawatan Konstabel Polis Gred YA1 (Lelaki/Wanita) yang telah menerima surat pelantikan jawatan dan diarahkan melapor diri pada bulan September 2021, hendaklah melaporkan diri pada 17 Oktober, 24 Oktober dan 7 November 2021 di PULAPOL yang telah ditetapkan.

Semua calon DIWAJIBKAN untuk melengkapkan dua dos suntikan vaksin sebelum melapor diri.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Unit Pengambilan di talian berikut, 03- 22668348 atau 8350 atau 8351.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS