Menu

#WarAgainstDrugs POSTING PILIHAN: POLIS TAHAN LELAKI WARGA INDONESIA, RAMPAS DADAH BERNILAI RM1.74 JUTA

Ipoh, 27 September 2021 - Polis menahan seorang lelaki warga Indonesia dan merampas dadah jenis Syabu bernilai RM1.74 juta di tepi jalan di Bagan Lipas Laut, Rungkup di Bagan Datuk semalam.

Ketua Polis Perak, CP Dato' Pahlawan Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek berumur 56 tahun itu ditahan kira-kira pukul 12.55 tengah malam oleh sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak.

"Hasil pemeriksaan ke atas suspek telah menemukan dua beg guni disyaki berisi dadah jenis Syabu seberat 29 kilogram (kg) bernilai RM1.74 juta.

"Hasil siasatan mendapati suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dipercayai menggunakan sampan atau bot kecil bertemu dengan individu di tengah laut untuk mengeksport dadah tersebut ke Indonesia. Dadah itu boleh dibekalkan untuk penagih dadah kira-kira 300,000 orang," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dato' Pahlawan Mior Faridalathrash berkata, ujian air kencing mendapati suspek yang aktif mengedar dadah sejak tiga bulan lepas itu negatif dadah serta tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau dan direman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,
 https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...
Sumber: Polis Perak dan BERNAMA

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of text that says 'REPOT:TELUK INTAN/8680/21 SEKSYEN 39B AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 10:INSP 10: INSP G24631 NORHAZWANI BINTI CHE DERAMAN Gliat ×o'

No photo description available.

No photo description available.

May be an image of scooter and road




PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS