Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: KES KEMALANGAN TRAFIK BABITKAN PENUNGGANG E-HAILING CATAT PENINGKATAN

Kuala Lumpur, 29 September 2021 - Bukan sedikit jumlahnya apabila sebanyak 347 kes kemalangan direkodkan polis membabitkan pekerja penghantar makanan e-hailing dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini.

Mendedahkan perkara itu, Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/Kawalan Lalu Lintas/Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan dan PenguatkuasaanTrafik, DCP Dato’ Mohd Nadzri Hussain berkata, jumlah direkodkan itu membabitkan angka dikumpulkan dari Januari tahun lalu hingga Julai tahun ini di seluruh negara.

Menurutnya, daripada jumlah itu sebanyak 48 kes membabitkan kemalangan maut manakala yang lain membabitkan kecederaan ringan dan parah.
"Bagi tahun lalu sahaja, pemandu dan penunggang e-hailing merekodkan 17 kematian, parah (10) dan cedera ringan (64). Namun kes kemalangan jalan raya membabitkan golongan itu dilihat meningkat pada tahun ini.

“Jika dilihat dari Januari hingga Julai lalu sahaja, sebanyak 31 kes kematian direkodkan membabitkan penunggang e-hailing manakala 26 mangsa cedera parah dan 199 cedera ringan,” katanya kepada Harian Metro.

Ikuti kupasan lanjut berkenaan kes kemalangan trafik membabitkan penunggang e-hailing menerusi keratan akhbar terbitan Harian Metro.

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS