Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: SELUDUP DAUN KETUM GUNA KERETA API

 

Padang Besar, 29 September 2021 - Penuhkan kontena dengan bungkusan berisi daun ketum sebelum diseludup ke Thailand menggunakan lori atau kereta api menjadi modus operandi baharu sindiket penyeludupan sejak seminggu lalu.

Sindiket itu dipercayai akan mengumpulkan daun ketum sebelum dibawa ke kawasan kargo kontena antarabangsa di sini menggunakan motosikal, pikap atau lori.
Taktik licik itu bagaimanapun berjaya dibongkar Pasukan Gerakan Am (PGA) susulan penahanan seorang suspek bersama 700 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai RM21,000 di kawasan kargo kontena antarabangsa dekat sini kelmarin.

Pegawai Pemerintah Batalion 18 PGA, Superintendan Ramli Wan Salin berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 3 petang itu, pihaknya menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang sedang leka memunggah bungkusan disyaki berisi daun ketum ke dalam kontena.

Katanya, suspek yang merupakan pengurus di kawasan kontena tersebut dipercayai akan memenuhkan kontena sebelum dibawa keluar ke Thailand menggunakan lori.
"Kami sudah menjejak kegiatan mereka ini selama seminggu dan ini merupakan taktik baharu digunakan sindiket berbanding jalan hutan dan sempadan.

"Kontena ini boleh memuatkan daun ketum mencecah tujuh tan," katanya di sini semalam.

Menurutnya, dalam serbuan itu pihaknya turut merampas dua buah kontena bernilai kira-kira RM30,000 dan sebuah motosikal. Kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Sumber: Kosmo Online

May be an image of 1 person and text that says 'daun Thailand diseludup operandi Penyeludup sorok tumbuhan dalam kontena sebelum diedar ke negara jiran Seludup daun ketum guna kereta api PADANG BESAR Penuhkan itu. pihaknya menahan seorang dengan lelaki tempatan berusia tahun memunggah bungkusan disyaki daun kontena. suspek meru- kawasan tersebut dipercaya akan kontena sebelum menjadi modus Sindiket akan motosikal, pikap Taktik sudah menjejak kegia- Pasukan suspek bersama sindiket berbanding anggarkan bernilai RM21,000 kontena memuat- tujuh Batalion 18 Pegawa Wan Salin berkata, dalam buan kira-kira pukul petang tu pihaknya kotena serbuan sikal Akta Racun 1952. RAMLI (dua dari Besar, dekat sini semalam. daun ketum yang dirampas kawasan kontena antarabangsa'
 
 
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS