Menu

DATO' OTHMAN SERAH TUGAS SUPM KEPADA DCP TUAN RUSLAN

Kuala Lumpur, 1 Oktober 2021 - Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), DCP Dato' Othman Nanyan menyerahkan tugasnya kepada pengganti beliau, DCP Tuan Ruslan Khalid yang sebelum ini merupakan Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), di Bukit Aman, hari ini.

Majlis serah terima tugas dimulakan dengan pemakaian pangkat Deputi Komisioner Polis (DCP) yang disempurnakan oleh Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani sebelum diteruskan dengan upacara menandatangani dan pertukaran dokumen serah terima tugas jawatan SUPM di antara Dato' Othman dengan Tuan Ruslan.

Majlis turut dihadiri oleh Timbalan KPN, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim, barisan Pengarah Polis Diraja Malaysia dan Ketua-ketua Bahagian Urus Setia KPN.

Pada 17 Jun lalu, Dato' Othman yang sebelum ini Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Pahang dilantik SUPM selepas penyandang jawatan itu, CP Dato' Ramli Mohamed Yoosuf dilantik menjadi Ketua Polis Pahang.

Dato' Othman yang akan bersara wajib esok, pernah menjawat beberapa jawatan termasuk Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kelantan, Ketua Polis Daerah Kajang dan Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Selangor.

Pada majlis itu, Ketua Penolong Pengarah Urus Setia Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, SAC Tuan Kamaruzaman Abdullah dilantik Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran) Bukit Aman berkuat kuasa hari ini.

Jurugambar: Koperal Aslam Syir Khan
May be an image of 4 people, people standing and text

May be an image of 2 people, people standing and text

May be an image of one or more people, people standing and indoor

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 3 people and people standing

May be an image of one or more people and people standing

May be an image of one or more people, people standing and indoor

May be an image of 2 people, people standing, indoor and text

May be an image of one or more people, people standing and indoor

May be an image of 1 person and indoor

May be an image of 1 person, indoor and office

May be an image of 2 people, people standing and text

May be an image of 1 person, sitting, standing and indoor

May be an image of 2 people, people sitting, people standing and indoor

May be an image of 3 people, people standing and text

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 3 people and people standing


PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS