Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa tegas dalam menguatkuasakan undang-undang bagi memelihara ketenteraman awam.
Tindakan tegas PDRM menahan semua suspek yang terlibat telah disusuli dengan permohonan maaf daripada pihak tokong.
Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamzah Zainudin turut menyeru kepada semua pihak untuk tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan perbalahan antara kaum dan boleh menjejaskan keharmonian rakyat Malaysia berbilang kaum.