Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 11,914 KES GANGGUAN SEKSUAL DALAM TEMPOH 4 TAHUN

Petaling Jaya, 9 Oktober 2021 - Sebanyak 11,914 kes gangguan seksual direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 2018 hingga Ogos lalu dengan 90 peratus pemangsa ialah mereka yang dikenali dan antara modus operandinya menampilkan watak baik.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman, ACP Puan Siti Kamsiah Hassan berkata, sebanyak 3,060 kes dilaporkan pada 2018 diikuti 3,487 kejadian direkodkan pada 2019.

"Sebanyak 3,176 kes lagi dicatatkan pada 2020 manakala 2,191 kejadian dilaporkan pada awal tahun ini sehingga Ogos lalu," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut beliau, dalam tempoh tersebut, rogol mencatatkan kesalahan seksual tertinggi apabila sebanyak 5,030 kes direkodkan diikuti cabul (3,364 kes), aib (1,320 kes), luar tabii (964 kes), sumbang mahram (984 kes), rogol berkumpulan (244 kes) dan sebar bahan lucah (209 kes).

Katanya, kajian PDRM mendapati hampir 90 peratus pemangsa seksual adalah individu dikenali seperti keluarga, kenalan mahupun individu yang mempunyai kedudukan di dalam masyarakat sementara 10 peratus lagi daripada individu tidak dikenali.

Ikuti kupasan lanjut berkenaan kes gangguan seksual di keratan akhbar terbitan Utusan Online.



May be an image of text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS