Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: BAPA KANDUNG 'SUSPEK' UTAMA KES DERA

Petaling Jaya, 11 Oktober 2021 - Panas baran dan tidak sabar antara punca kejadian dera apabila sebanyak 472 kes direkodkan Polis Diraja Malaysia di seluruh negara bagi tempoh sembilan bulan tahun ini.

Lebih mengejutkan, bapa adalah ‘suspek’ tertinggi dipercayai mendera mangsa iaitu kira-kira 144 orang, diikuti ibu (137), pengasuh (71), pengasuh taska (34) dan bapa tiri (30).

Mendedahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah, ACP Puan Siti Kamsiah Hassan berkata, daripada jumlah itu, pihaknya mendapati kebanyakan kes berlaku di rumah mangsa sendiri iaitu 319 kes.

Jelasnya, sebanyak 198 mang­sa didera secara fizikal gara-gara sifat panas baran ibu bapa atau penjaga yang gagal mengawal emosi.
Menurut beliau, kesemua suspek me­rupakan 502 warga tempatan manakala 26 orang lagi adalah warga asing.

“Kebanyakan mereka bekerja sendiri selain suri rumah atau penganggur. Ada juga dalam kalangan suspek yang bekerja di sektor swasta,” ujarnya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS