Kuala Lumpur, 12 Oktober 2021 - Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Datuk Wira Mat Kasim Karim mengadakan lawatan kerja ke JSPT Kuala Lumpur, hari ini.
Ia merupakan lawatan kerja sulung beliau ke jabatan tersebut selepas secara rasmi memegang jawatan pengarah pada 28 September lalu.
Turut hadir ialah Ketua JSPT Kuala Lumpur, ACP Tuan Sarifudin Mohd Salleh dan para pegawai kanan polis.