Menu

ARTIKEL PILIHAN: PANGKAT PDRM TIDAK BOLEH DIBELI - KPN

Kuala Lumpur, 13 Oktober 2021 - Ketua Polis Negara, IG Dato Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, menegaskan semua urusan kenaikan pangkat, penempatan dan pertukaran dalam pasukan itu dilaksanakan menerusi prosedur serta sumber rasmi.

Katanya, proses bagi semua urusan berkenaan juga dilakukan secara teliti, termasuk perlu melalui temu duga dan saringan oleh pegawai peringkat tertinggi dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Malah, beliau menjelaskan, proses berkait kenaikan pangkat turut membabitkan cadangan daripada Ketua Polis Negara, Timbalan Ketua Polis Negara, Pengarah Jabatan dan Ketua Polis Negeri.

"Dalam PDRM, proses kenaikan pangkat bukanlah satu perkara mudah yang boleh 'dibeli atau dibayar' dengan sewenang-wenangnya. Sebaliknya, ia perlu melalui tapisan yang amat ketat dan prosedur ditetapkan.

"Penganugerahan pangkat atas cadangan pihak atasan PDRM adalah berdasarkan komitmen tinggi dan dedikasi ditunjukkan setiap pegawai serta anggota dalam melaksanakan tugas dan memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat," katanya kepada Berita Harian, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut: https://www.bharian.com.my/.../pangkat-pdrm-tidak-boleh...

Sumber: Berita Harian
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS