Kuala Lumpur, 14 Oktober 2021 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama beberapa agensi tempatan telah menjayakan program Symposium 2nd National Forensic Science Symposium For Law Enforcement (NAFSLE) 2021 yang diadakan di Maktab Polis Diraja Malaysia, di sini, petang tadi.
Program yang dianjurkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah (Forensik / Perancangan Strategik) JSJ, DCP Tuan Ahmad Taufek Abdullah.
Simposium yang berlangsung selama dua hari bermula Rabu, telah dijalankan secara atas talian dan kehadiran fizikal dengan mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara daripada para peserta dari pelbagai agensi tempatan memfokuskan perbincangan bagi memperkasakan kepakaran forensik dan penggunaan teknologi dalam penyiasatan berkaitan jenayah.
Ia turut disertai oleh beberapa agensi tempatan antaranya Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kimia Malaysia dan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE).
Turut hadir, Ketua Pusat Pengajian Krisis dan Bencana Maktab PDRM Kuala Lumpur, SAC Tuan Arjunaiti Abdullah, barisan Ketua Penolong Pengarah JSJ dan para pegawai kanan PDRM.