Bera, 17 Oktober 2021 - Perdana Menteri (PM), Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob menyempurnakan pemakaian pangkat kepada Ketua Polis Daerah (KPD) Bera, Superintendan Mansor Samsudin dan timbalannya, DSP Kumaran Nyanasagaran di sini, hari ini.
Majlis yang berlangsung di Dewan Sri Kempas, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bera itu turut mengukir sejarah baharu dalam perkhidmatan dan perjawatan Pasukan, khususnya IPD Bera apabila taraf KPD dinaikkan dari pangkat DSP ke Superintendan, manakala Timbalan KPD dari ASP ke pangkat DSP.
Perkara itu sebagai tanda penghargaan oleh Kerajaan terhadap sumbangan dan khidmat bakti para pegawai Polis Diraja Malaysia kepada negara.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Dato' Sri Dr. Hj. Ismail Hj. Mohamed Said, Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Keselamatan), Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Pengarah Pengurusan, CP Dato' Zaini Jass, Pengarah Logistik dan Teknologi, CP Dato' Seri Sahabudin Abd Manan, Ketua Polis Pahang, CP Dato' Ramli Mohamed Yoosuf serta para pegawai kanan polis.
Jurugambar: SI Zaiddin Dahalan, Konstabel Bryanlie Mustin dan Konstabel Hilmi Zaini.