Menu

#PPN #COVID-19 #OP_BENTENG [KERATAN AKHBAR PILIHAN] OP BENTENG: PGA TAHAN 94 INDIVIDU, RAMPAS RM6.3 JUTA BARANGAN SELUDUP

Rantau Panjang, 18 Oktober 2021 - Lebih RM6.3 juta pelbagai barangan seludup dirampas Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuantan sejak mengambil alih penugasan Op Benteng COVID-19 di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini bermula 16 September sehingga Ahad.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Kuantan, Superintendan Azhari Nusi berkata, sepanjang tempoh penugasan itu, rampasan membabitkan barangan kontraban seperti pakaian, vape, rokok dan pelbagai jenis makanan mencatatkan nilai tertinggi iaitu RM5.03 juta.

"Rampasan melibatkan penyeludupan haiwan seperti lembu, rusa dan kambing berjumlah RM847,440 menjadi penyumbang kedua tertinggi kepada kejayaan itu.

Ia diikuti oleh barangan kawalan seperti tepung, minyak masak dan petrol berjumlah RM235,025," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Selain itu, beliau memberitahu, rampasan membabitkan dadah, daun ketum, ubat batuk dan haiwan eksotik turut berjaya dilakukan Batalion 7 PGA Kuantan.

Menurut beliau, pasukan tersebut turut menahan seramai 94 individu termasuk seorang warga Thailand yang dipercayai terlibat dengan aktiviti penyeludupan.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of 1 person and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS