Menu

AL-FATIHAH: SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ALLAHYARHAM KOPERAL ARISHAM AZAHARI

Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato' Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Timbalan KPN, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Koperal Arisham Azahari yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di kilometer 16 Jalan Bentong menghala Raub, Pahang, tengahari semalam.

Allahyarham merupakan Koperal Ronda Cegah Jenayah di Balai Polis Dong Raub, Pahang dan telah berkhidmat dengan Pasukan selama 16 tahun.
Didoakan agar roh Allahyarham Koperal Arisham dicucuri rahmatNya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

May be an image of ‎1 person and ‎text that says '‎إنادَواليَداِعوع Û AL-FATIHAH SALAM TAKZIAH BUAT SELURUH AHLI KELUARGA Allahyarham Koperal Arisham Azahari Ikhlas daripada: Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Hj Mazlan Lazim & Seluruh Warga Polis Diraja Malaysia Polis Diraja Malaysia pdrmsia PDRMsia PDRMsia PDRsia‎'‎‎
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS