Petaling Jaya, 21 Oktober 2021 - Sejumlah 1,742 kompaun dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara kepada individu yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh seminggu sejak rentas negeri dibenarkan pada 11 Oktober lalu.
Dalam tempoh sama, sebanyak sembilan kompaun dikeluarkan kepada individu yang belum divaksin tetapi 'cuba-cuba' rentas negeri.
Tindakan itu sekali gus menunjukkan terdapat segelintir individu mengambil kesempatan untuk melakukan pergerakan rentas negeri meskipun tanpa lengkap dos vaksin.
Mengakui perkara itu, SAC Gerakan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Ketenteraman Awam (KDNKA), SAC Tuan M.V. Srikumar M.Nair, memberitahu Utusan Malaysia, masyarakat diingatkan agar tidak mengambil kesempatan atas kebenaran yang diberikan kerajaan.
Menurut beliau, penguatkuasaan SOP oleh PDRM akan terus digerakkan dari semasa ke semasa dan tindakan kompaun serta-merta akan dikeluarkan kepada individu yang melanggarnya.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN