Johor Bahru, 22 Oktober 2021 - Polis Johor melumpuhkan sindiket penipuan Macau Scam yang merekrut pekerja dengan tawaran pendapatan lumayan dan peluang bekerja di luar negara pada Selasa.
Ketua Polis Johor, CP Dato' Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kegiatan sindiket itu hanya bertahan seminggu sebelum tumpas susulan beberapa siri tangkapan.
"Seramai lapan suspek lelaki tempatan berusia 21 hingga 43 tahun dipercayai memainkan peranan dalam sindiket ini ditahan bagi membantu siasatan. Modus operandi digunakan sindiket adalah melatih pekerja-pekerja baharu mengenai teknik penipuan dengan menyamar sebagai pegawai kutipan hasil dari sebuah bank tempatan dan pegawai-pegawai kerajaan.
"Sindiket ini didapati aktif merekrut dan melatih pekerja baharu untuk dijadikan operator calling centre yang berpusat di luar negara iaitu Kemboja dan Dubai," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada Khamis.
Ikuti kupasan lanjut berkenaan pembongkaran sindiket rekrut "scammer" di keratan akhbar terbitan
Sinar Harian seperti di lampiran.