Suasana sedih menyelubungi Dewan Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman apabila Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri
Hamzah Zainudin dan Ketua Polis Negara, IG Dato' Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani menyampaikan pangkat 'Posthumous' dan Skim Ex-Gratia Bencana Kerja kepada waris wira-wira Pasukan yang terkorban sewaktu bertugas, petang tadi.