Wanita besi yang sudah bertugas kira-kira 35 tahun dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), DCP Dato' Yong Lei Choo bakal menamatkan perkhidmatannya apabila bersara wajib pada 26 Oktober ini.
Sepanjang berkhidmat, beliau ditugaskan di Cawangan Khas PDRM selama 29 tahun sebelum dilantik menjawat jawatan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur.
Pelantikan pada 1 November 2019 itu turut melakar sejarah apabila beliau wanita pertama yang menjawat jawatan berkenaan.
Ikuti wawancara berkaitan pengalaman beliau dalam PDRM seperti dalam akhbar terbitan Harian Metro.