Menu

POSTING PILIHAN: PENGARAH PENGURUSAN ADAKAN LAWATAN KERJA KE IPK PAHANG

Kuantan, 25 Oktober 2021 - Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, hari ini.

Kunjungan beliau telah disambut mesra oleh Ketua Polis Pahang, CP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf dan timbalannya, DCP Dato’ Mohd Yusri Haji Hassan Basri bersama Ketua Jabatan Pengurusan IPK Pahang, ACP Tuan Mohd Fakhrurazie Che Sulaiman.

Lawatan kerja beliau selama dua hari itu bertujuan bagi mempengerusikan Mesyuarat Tabung Kebajikan Bilangan 1/2021 dan Mesyuarat Tabung Pegawai Kanan Bilangan 1/2021 selain berpeluang menyantuni pesara serta asnaf Polis Diraja Malaysia kontinjen tersebut.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Pengurusa (Pentadbiran), DCP Tuan Haji Azmi Adam, Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan), SAC Tuan Mohd Asri Md Akhir dan Ketua Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), SAC Tuan Mohd Sukri Kaman.

Sumber: Polis Pahang
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS