Kuantan, 26 Oktober 2021 - Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass meneruskan lawatan kerja beliau ke kontinjen Pahang dengan mengadakan lawatan kebajikan ke atas anggota dan pesara Polis, di sini, pagi tadi.
Dalam lawatan tersebut, Dato' Zaini telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan makanan kering kepada Sub Inspektor Zuliwati Mohd Noh dan pesara Sarjan Berhan Aziz di kediaman mereka masing-masing.
Dalam pada itu, beliau juga berkesempatan memberikan kata-kata semangat kepada mereka agar terus tabah dengan dugaan yang dihadapi.
Turut hadir, DCP Dato’ Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, Timbalan Ketua Polis negeri, DCP Tuan Hj. Azmi Adam, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), ACP Puan Siti Dalila Mohd Yassin, Penolong Pengarah Hal Ehwal Pesara Polis, ACP Tuan Rusli Abas, Penolong Pengarah Pengurusan (Kebajikan) dan sebahagian warga kerja kontinjen Pahang.