Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: SEMBILAN BAYI DIBUANG SEBULAN - KPP D11

Petaling Jaya, 27 Oktober 2021 - Sekurang-kurangnya purata sembilan kes buang bayi dilaporkan berlaku dalam sebulan sama ada ditemukan hidup atau mati sejak 2018 hingga September lalu.

Berdasarkan statistik direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 424 kes buang bayi dicatatkan di seluruh negara untuk tempoh tersebut.

Malah, lebih menyedihkan, si pelaku jenayah itu kebanyakannya adalah ibu kandung bayi tersebut dan kenalan yang bersubahat.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, ACP Puan Siti Kamsiah Hassan berkata, sebanyak 283 bayi yang dibuang ditemukan mati manakala 141 lagi dijumpai dalam keadaan hidup.

Katanya, untuk tempoh tersebut, kira-kira 285 bayi yang dibuang ketika baru dilahirkan manakala 139 lagi dalam bentuk janin.

"Berdasarkan siasatan pihak polis, kebanyakan lokasi bayi dibuang adalah di kawasan rumah iaitu 166 kes selain di masjid, tepi bangunan dan semak.

"Lebih menyedihkan, ada bayi yang ditemukan dalam tandas, longkang, tempat buang sampah malah ada di tanah perkuburan," katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

May be an image of 1 person and text that says 'HADZMAN JAYA: Sembilan bayi dibuang sebulan NURAINA MASZUREEN 424 kes dilapor tersebut. Kamsiah Hassan berkata, sejak 2018 bayi dibuang dalam keadaan Longkang, tandas, kubur jadi tumpuan (PDRM), sebanyak menyedihkan, kodkan Polis Malaysia luruh negara tempoh 139 dalam ben- Asisten Komisioner Sembilan bayi dibuang sebulan Bersambung muka2 surau/ tokong tempat pejabat komuter/ stesen minyak Kam- Jambatan pula tasik kumbahan dewan binaan kenderaan Kubur sekolah tahun memainkan enting erhadap eumpama'
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS