Menu

VIDEO PILIHAN: "KECEKAPAN MEREKA SETANDING POLIS TRAFIK LELAKI"

Begitulah ungkapan yang sesuai diberikan kepada semua pegawai dan anggota polis trafik wanita di seluruh negara atas kecekapan mereka melakukan tugas kawalan lalu lintas yang sinonim dilakukan oleh polis trafik lelaki.

Usah terpedaya dengan kelembutan pada wajah kerana sebaik turun di lapangan, ketegasan mereka akan terserlah demi memastikan amanah di bahu dilaksanakan dengan penuh berhemah. Bak kata pepatah, tangan yang menghayun buaian itu juga mampu menggoncangkan dunia.

Ayuh saksikan video penugasan anggota polis trafik wanita dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur yang menjalankan tugas kawalan lalu lintas di sekitar bandaraya.

Sumber: JSPT KL

Pautan: https://www.facebook.com/JSPTPDRM/videos/409780944144726/

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS