Menu

KERATAN AKHBAR PILIHAN: DRON MAMPU CEGAH PENYELUDUPAN KETUM DI SEMPADAN NEGARA

Bukit Kayu Hitam, 1 November 2021 - Penggunaan dron membantu pihak berkuasa meningkatkan kawalan di sempadan Malaysia-Thailand berhampiran Kedah dan Perlis.
Ia dapat dilihat menerusi kejayaan mematahkan dua aktiviti penyeludupan daun ketum dengan menggunakan teknologi berkenaan pada September lalu.

Pegawai Pemerintah Batalion 18, Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Hulu, Superintendan Ramli Wan Salin berkata, dua daripada 47 kes rampasan ketum yang berjaya dilakukan pasukannya di Perlis adalah hasil bantuan penggunaan teknologi tersebut.

Menurutnya, maklumat melalui dron disalurkan terus kepada anggotanya sebelum serbuan dilakukan. "Penggunaan dron ini memang sangat membantu dalam membuat pemantauan dari udara selain penggunaan helikopter.

"Sebelum ini, kita perlu mendapatkan bantuan dari Unit Udara Polis Diraja Malaysia atau mendapatkan khidmat syarikat swasta untuk menerbangkan dron.
"Saya berharap selepas ini setiap batalion dibekalkan dengan kelengkapan dron dalam menjaga sempadan negara terutamanya membantu memantau aktiviti penyeludupan di sempadan negara Malaysia-Thailand", katanya ketika ditemui di Markas Taktikal PGA di Bukit Kayu Hitam di sini, baru-baru ini.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Sinar Harian.

May be an image of 1 person and text
PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS