Menu

TIMBALAN KPN AKHIRI LAWATAN KERJA RASMI DI KONTINJEN KELANTAN

Kota Bharu, 2 November 2021 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim hari ini mengakhiri lawatan kerja rasmi beliau di Kontinjen Kelantan, setelah berada di sini sejak 31 Oktober lalu.

Sepanjang berada di Kelantan, Timbalan KPN mengikuti jadual yang padat termasuk melawat kembali Balai Polis Manek Urai dan Surau Pakda Junuh yang pernah ditenggelami banjir besar pada tahun 2014 sewaktu beliau menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Kelantan.

Sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur hari ini, Datuk Seri Hj. Mazlan turut sempat melawat Markas Operasi Pasukan Polis Marin Pengkalan Kubor dekat Tumpat sebelum dibawa meninjau keadaan keselamatan sungai di sempadan Kelantan - Thailand.

Manakala di sebelah petangnya tadi, beliau yang diiringi isteri merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Datin Seri Hjh. Anizah Musa juga meluangkan masa memenuhi jemputan Pengasas Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Dhuafa' Lilbanin Sri Peraksi, Ustaz Dato' Hj. Mohd Nazry Mohamad Nor merasmikan pejabat pengurusan rumah kebajikan itu yang terletak di Pasir Puteh.

Hadir sama, Ketua Polis Kelantan, CP Dato' Shafien Mamat bersama timbalannya, DCP Dato' Muhamad Zaki Harun dan isteri, Datin Suzana Yashin, Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Agama dan Kaunseling), DCP Tuan Sulaiman Yahya serta Ketua Urus Setia KPN (Pentadbiran), SAC Tuan Kamaruzaman Abdullah.

Jurugambar: Sub Inspektor Zaiddin Dahalan, Koperal Muhamad Rafsamjani Shamsul Bahar dan Lans Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin.

May be an image of one or more people, outdoors and text

May be an image of 3 people, people standing and indoor

May be an image of 1 person, standing and body of water

May be an image of 3 people, people standing, outdoors and text that says 'BQL 1304'

May be an image of standing, car and text

May be an image of 1 person and standing

May be an image of one or more people and people standing

May be an image of 3 people, people standing and outdoors

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 3 people, people standing and outdoors

May be an image of one or more people and outdoors

May be an image of body of water and nature

May be an image of body of water

May be an image of 2 people and outdoors

May be an image of 2 people and text that says 'AND 1 MAZLAN BERITA'

May be an image of 6 people and people standing

May be an image of 1 person, standing and outdoors

May be an image of 1 person, standing and indoor

May be an image of 1 person

May be an image of 2 people, people standing and indoor

May be an image of 2 people, people sitting and headscarf

May be an image of standing, car and text

May be an image of 1 person and standing

May be an image of 6 people and people standing

May be an image of 1 person, standing and outdoors

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS