Sepang, 2 November 2021 - Dua kakitangan sebuah syarikat penerbangan kargo yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), antara empat lelaki yang ditahan kerana disyaki cuba menyeludup keluar dadah seberat 200 kilogram (kg) bernilai RM8.1 juta ke New Zealand.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, CP Dato' Razarudin Husain berkata, keempat-empat lelaki tempatan berusia lingkungan 34 hingga 59 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan di KLIA dan sekitar Lembah Klang pada 22 Oktober hingga 26 Oktober.
Beliau berkata, pihak berkuasa sebelum itu memeriksa lima kotak barangan yang diisytiharkan sebagai peralatan elektronik menggunakan perkhidmatan kargo syarikat penerbangan dari KLIA ke Auckland, New Zealand.
HasiI pemeriksaan menemui 200 kg Syabu sebelum pihak berkuasa memberkas empat lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dengan sindiket berkenaan," katanya.
"Siasatan mendapati sudah terdapat empat kali penghantaran ke luar negara menggunakan modus operandi sama.
"Polis kini mengumpul maklumat mengenai ketua dan saki-baki ahli sindiket ini dan kami akan melakukan tangkapan dalam masa terdekat," katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Sinar Harian seperti di lampiran.