Menu

ARTIKEL PILIHAN: LEBIH 80,000 INDIVIDU DITAHAN TERLIBAT PELBAGAI KES JUDI

Kuala Lumpur, 3 November 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 81,442 individu di seluruh negara yang disyaki terlibat dengan pelbagai kes perjudian bagi tempoh 2019 hingga 31 Oktober lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Dato’ Sri Abd Jalil Hassan berkata dalam tempoh yang sama juga, PDRM turut merampas wang tunai lebih RM24 juta dalam serbuan bagi membanteras kegiatan perjudian tanpa lesen.

Beliau berkata PDRM juga turut menyerbu premis loteri awam tanpa lesen yang serbuan tertinggi melibatkan sebanyak 11,491 serbuan pada 2019, bagi 2020 sebanyak 8,324 serbuan dan 9,561 serbuan pada tahun ini.

"Dalam hal ini, PDRM turut memeriksa premis-premis perjudian yang dilesenkan oleh Kementerian Kewangan dan hasil pemantauan pihak kami mendapati operator judi berlesen mematuhi syarat-syarat lesen yang ditetapkan.

"Berdasarkan rekod terdapat 161 operator perjudian berlesen melibatkan sebuah kasino, 72 kelab syarikat dan 88 kelab persatuan,” katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman, di sini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut: https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

PDRM Facebook
PDRM Twitter
PDRM Instagram
PDRM RSS